Status FB Katrina Kay - 17/06/2014 10.00am
Selamat pagi semua... tetiba hari ni masuk kerja dengan mood zumbi-zomba. Bukan pegang lappy pun semalam... cuma layan movie kejap pun sampai marathon dua movie untuk cari ilham... "zai, oh zai kalau dah mula layan movie tu tak ada kojer lainlah tu, melalak lepas tu golak, lepas tu mulalah borangan jo kojor dio"
ok balik semula ke realiti. 'husband dan wife' dalam membina persefahaman dalam rumahtangga. 'wife' secara semulajadi perlu tahu kerja di dapur terutama sekali 'MEMASAK' sementara 'husband' secara semulajadi perlu pandai membaiki paip/elektrik dan bertukang sikit-sikit.
terimbau semula zaman masa baru nikah dulu. Saya ni memang tak pernah ke dapur sebelum kahwin. Jadi bila dah kahwin nak belajar jadi 'wife' bukannya mudah. Alhamdulillah Sunshine bijak mainkan peranan membimbing dengan kata semangat,
"kawan abang kata, setiap kali isteri masak jangan komen dulu. Makan dulu, tawau ke, masin ke, tak sedap ke... diamkan aje. Kalau dia tanya senyum. Dah malam masa nak tidur bisik kat telinga dia, "Yang, terima kasih masakkan untuk abang. Selera abang makan, cuma.... kalau Yang kurangkan garam lagi mesti lagi sedap abang makan".....
**** masa tu nak marah pun tak sanggup kan wahai 'wife'....
pengajaran : bukan mudah untuk melakukan kebaikkan. Tapi tak sesusah mana pun jika kita bersungguh untuk berbuat baik. Jom renung-renungkannya
Persoalan Yang Cuba Dikupas
Monday, June 16, 2014
Thursday, May 1, 2014
Pembedahan Plastik dari sudut pandangan Islam
Pembedahan plastik memang sering menjadi alternatif bagi mereka yang inginkan kesempurnaan diri. Namun dek kerana kemodenan yang semakin canggih. Ianya disalahgunakan untuk tujuan kecantikan yang didorong oleh nafsu.
Jom kita muhasabah, akan tindakan ini dari sudut pandangan Islam.
http://warisan15.blogspot.com/2011/05/hukum-melakukan-pembedahan-kosmetik.html
Jom kita muhasabah, akan tindakan ini dari sudut pandangan Islam.
http://warisan15.blogspot.com/2011/05/hukum-melakukan-pembedahan-kosmetik.html
Wednesday, March 5, 2014
Pertunangan Dalam Islam
Saya mengupas isu ini dalam karya santai saya. Kekadang kita mengikut resam semasa. Apa yang orang lain buat kita pun turut buat? Betul tak? Hingga kita lupa maksud sebenar dan tujuan pertunangan itu dilangsungkan.
Jom kita semak kembali 'PERTUNANGAN' dalam sudut pandangan Islam. Saya ambil yang mudah kita semua faham (http://stpmsyariah.blogspot.com/2012/11/pertunangan-dan-memilih-jodoh-menurut.html.).
Jom kita semak kembali 'PERTUNANGAN' dalam sudut pandangan Islam. Saya ambil yang mudah kita semua faham (http://stpmsyariah.blogspot.com/2012/11/pertunangan-dan-memilih-jodoh-menurut.html.).
PERTUNANGAN DAN MEMILIH JODOH
MENURUT ISLAM
1) PENDAHULUAN
Allah
SWT telah mencipta makhlukNya dengan
berpasangan termasuklah manusia di mana manusia dari Adam AS. Kemudian Allah ciptakan daripadanya Siti Hawa
AS menjadikan berpasangan suami isteri
sehingga lahirlah keturunan yang ramai terdiri dari lelaki dan perempuan. Kedua insane yang berlainan jenis ini saling
perlu memerlukan antara satu sama lain
justeru itu timbullah bibit-bibit cinta dan perasaan kasih sayang
ibarat anak kecil merintih
memerlukan belaian ibu yang dikasihi.
Dan seterusnya ingin berkongsi hidup sebagaimana makhluk yang lain yang
melata di bumi Allah ini.
Dalam konteks ini, Islam telah memberi
garis panduan bagaimana untuk memilih calon suami dan calon isteri bermula dari
pertunangan sehingga ke alam perkahwinan.
2) PERTUNANGAN
Peminangan ialah pernyataan atau
permintaan dari seorang lelaki kepada pihak perempuan untuk mengahwininya baik
dilakukan olehnya sendiri ataupun dengan perantaraan pihak-pihak tertentu yang
dipercayai ataupun keluarganya sesuai dengan kehendak Islam.
Ke Arah Pertunangan
Sebelum diadakan peminangan, langkah
permulaan ialah memilih pasangan yang akan menjadi calon suami atau isteri
mengikut lunas-lunas yang disyariatkan oleh Allah SWT.
3) MEMILIH LELAKI
Lelaki yang paling diutamakan ialah
lelaki yang soleh yang mempunyai pendidikan
agama yang sempurna serta berpegang teguh dengan ajaran Islam. Di mana melalui panduan agama, seorang suami itu berwajiban menggauli
isterinya dengan baik dan memberi nafkah
sesuai dengan tuntutan Islam.
Firman Allah Taala dalam surah
An-Nisaa’ ayat 34: Maksudnya :
“Lelaki itu pemimpin yang
bertanggungjawab atas kaum wanita dan kerana Allah telah melebihkan sebahagian
mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana telah
membelanjakan harta mereka”.
Dalam ayat di atas jelas bahawa suami mempunyai kekuasaan terhadap isteri di
mana isteri hanya membantu suami dalam urusan rumahtangga. Lelaki yang benar-benar dapat mengendalikan
kewajiban seorang suami mestilah berupaya menjadi ketua keluarga yang bertugas
memimpin, mendidik dan memberi kasih sayang terhadap rumahtangga.
Di antara faktor penting dalam
mengutamakan agama yang disarankan oleh Islam ialah :-
1. Mempunyai akidah yang sempurna dan kefahaman
agama yang kukuh serta praktikal.
2. Melaksanakan syariat Islam berdasarkan prinsip yang berterusan.
3. Mengamalkan sikap kesederhanaan dalam
hidupnya.
4. Mengetahui besarnya ganjaran nafkah di
dalam rumahtangga.
Selain dari itu wajar bagi lelaki
seorang yang tajam fikirannya, bijak menyelesaikan masalah, mempunyai
sifat-sifat yang mulia, seorang yang
penyayang, suka memberi dan menerima, bertolak ansur dan mengambil berat terhadap
keluarganya.
Walau bagaimanapun, sebagai kaum
lelaki sudah masanya dari sekarang melengkapkan diri dengan mencari dan
mempelajari ilmu Islam sebanyak mungkin untuk persediaan di hari muka. Oleh itu, ingatlah bahawa kaum wanita pada
hari ini sudah mengerti memilih calonnya di mana bukan sahaja lelaki yang kacak
malahan bijak pula dalam selok belok
agama yang sememangnya layak menjadi suami.
4) MEMILIH PEREMPUAN
Di antara garis panduan memilih calon
isteri yang dianjurkan oleh Islam ialah supaya pemilihan yang dibuat
benar-benar dapat menjamin kerukunan rumahtangga dan dapat menjadi aman damai
serta diberkati Allah sepanjang masa.
Aspek yang utama ditinjau dari hadis
Rasulullah SAW ialah dengan sabdanya, maksudnya :
Dikahwini perempuan (dijadikan isteri)
itu kerana empat perkara, kerana
hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka utamakanlah perempuan yang mempunyai
agama dan beruntunglah hidup kamu…”
Di antara yang disunatkan dan
digalakkan memilih perempuan untuk dipinang ialah :
a. Zuriat yang banyak
Memilih perempuan yang boleh
mendatangkan zuriat yang banyak memanglah digalakkan oleh Islam. Di sini boleh diperhatikan dari sudut
keluarganya (keturunannya) di samping kesuburan tubuh badan di mana tidak menghalang ianya hamil.
Selain itu, umur juga boleh diambil kira bagi mengekalkan zuriat yang
banyak.
b. Anak gadis / bujang
Pemilihan anak gadis amat dititik
beratkan kerana di mana usia gadis, kurang bebanan peribadi. Segalanya-galanya serba baru, dapat
mengeratkan kasih sayang tanpa gangguan.
Tenaga yang masih muda dapat memberi sepenuh masa untuk suami. Walau bagaimanapun, memilih seorang janda
juga digalakkan sekiranya di sana ada tujuan yang baik untuk memilihnya.
c. Sedikit mas kahwin
Perempuan yang menjadi pilihan
adalah sedikit belanja mas kahwinnya di mana mudah bagi pihak lelaki menjelaskannya
dan sesuai dengan tuntutan Islam.
Sekiranya terlalu besar mas kahwin itu, bukan sahaja menjadi keberatan
bagi lelaki malah boleh memberi kesan yang negatif di masa akan datang.
d. Bukan hubungan keluarga
Pemilihan ini bagi meluaskan skop
keturunan di mana keluarga akan bertambah ramai lagi dan mental sesebuah
keluarga itu boleh mempengaruhi hidup.
Lebih-lebih lagi perhubungan sebuah keluarga dengan keluarga dalam menemukan jodoh.
e. Baligh
Memilih perempuan biarlah ianya sudah cukup
umur (baligh) di mana dapat memahami ertu perkahwinan, berfikir secara orang
dewasa, kurang memberi tunjuk ajar, tidak
mudah merajuk dan juga boleh hamil.
f. Akal yang sempurna
Memilih akal yang sempurna ialah
berfikir secara seorang muslim yang soleh, gemar membaca Al-Quran
serta memahaminya, mengetahui hala dan
haram, banyak bersabar, bertindak dengan adil dan juga menghormati hak dirinya
dan hak orang lain.
g. Sesuai (kufu)
Persesuaian adalah diperlukan untuk memilih pasangan
hidup lebih-lebih lagi dalam dunia moden ini di mana wanita mempunyai kedudukan
yang agak sama dengan kaum lelaki malah
terdapat lebih dari lelaki. Hal ini
kadangkala menjadi isu besar di kalangan ibu dan bapa hari ini, kononya anak perempuannya tidak sesuai
berkahwin. Tetapi dalam masa yang
sama juga mereka telah keluar dan bebas bergaul tanpa dilarang
oleh ibubapanya.
Firman Allah Taala dalam surah
Al-Baqarah ayat 235, ertinya :
“Tidak berdosa meminang perempuan (yang dalam
idah lagi dengan kata sindirian)”
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan
oleh Ahmad dan Abu Daud, maksudnya:
“Apabila seorang dari kamu
meminang perempuan, sekiranya dia dapat lihat perempuan itu hendaklah dia
melihatnya sehingga bertambah keinginan kepada perkahwinan”.
Sebelum meminang, seorang lelaki harus
melihat perempuan yang akan dipinang pada muka dan dua tapak tangan
sahaja. Dan begitu juga sebaliknya
dengan tujuan untuk mengetahui keadaan yang sebenarnya agar kedua-duanya
dapat menepati kehendak dan maksud
masing-masing.
Menurut pendapat jumhur ulamak,
melihat pada perempuan dengan tujuan meminang hanya tertentu pada muka dan dua
tapak tangannya. Kerana dengan melihat muka dapat diketahui kecantikan raut muka
serta paras rupa untuk calon isteri atau
sebaliknya. Sementara melihat kedua tapak
tangan bertujuan supaya dapat mengetahui kesuburan badan.
Sabda Rasulullah SAW, ertinya :
“Apabila salah seorang daripada kamu
meminang perempuan maka tidak
berdosa atasnya melihat perempuan itu
asalkan sahaja semata-mata untuk meminangnya sekalipun dia tidak mengetahui”.
Rasulullah SAW pernah menyuruh
sahabatnya yang bernama Mughirah bin
Syukbah, sabdanya bermaksud :
“Lihat dahulu perempuan itu maka
melihatnya adalah pokok utama bagi suami isteri hidup dalam aman damai”
Keharusan pihak lelaki boleh
melihat perempuan yang akan dipinang
pada anggota-anggota yang telah
disebutkan sebelum ini walaupun dengan
tanpa keredhaannya, dan sebaik-baiknya kehadiran pihak lelaki itu hendaknyalah waktu
melihat itu dilakukan sebelum
meminang, Ini kerana seandainya ia tidak secucuk di hati pihak
lelaki dengan sebab-sebab yang tertentu
bolehlah ia mengundurkan diri tanpa akan menyakitinya.
Jika kedapatan pihak lelaki tidak
berupaya melihat perempuan yang akan dipinang oleh sesuatu sebab, maka bolehlah
ia mengutuskan orang tertentu yang
dipercayai sebagai perantaraan untuk pergi melihatnya. Ini supaya orang tadi menerangkan sifat-sifat peribadi serta keadaan perempuan itu yang mana bertujuan untuk
mengahwininya.
Kedapatan beberapa perkara yang amat
diambil berat oleh syarak dalam soal
pinang meminang iaitu :
a. Peminangan tidak boleh dilakukan kepada
wanita yang dipinang oleh seseorang melainkan ianya telah melepaskan hak peminangannya.
Sabda Rasulullah SAW diriwayatkan oleh
Ahmad dan Muslim, maksudnya :
“Orang muslim adalah saudara orang
mukmin, maka tidak halal bagi seorang mukmin meminang seorang perempuan yang sedang dipinang oleh
saudaranya hingga nyata sudah ditinggalkan”.
Sabda Nabi SAW, maksudnya :
“Janganlah seorang lelaki berdua-duaan
dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya. Maka sesungguhnya orang yang ketiga bersama dengannya ialah syaitan
kecuali bersama mahram.”
b. Haram
seorang lelaki meminang dengan cara terus terang seorang perempuan yang
di dalam eddah sama ada raj’i atau
bain atau eddah wafat. Dan haram
meminang cara sindiran perempuan yang di
dalam eddah raj’i, dan dibolehkan
meminang secara sindiran perempuan yang
di dalam eddah wafat tanpa khilaf dan diharuskan juga meminang perempuan yang
dalam eddah bain sama ada disebabkan
perceraian atau fasakh menurut pendapat yang terkuat dari pendapat Imam Syafie.
Contoh ayat Sareh :
“Apabila telah habis eddahmu, aku akan
berkahwin dengan kamu”.
Contoh ayat Kinayah :
“Kamu ini cantik, banyak lelaki
inginkan kamu”.
c. Wanita yang akan dipinang bukan mahramnya
yang mana dilarang dalam perkahwinan.
Sabda Rasulullah SAW lagi yang
bermaksud :
“Lihatlah dia (bakal tunangan) dengan
ini akan lebih menguatkan (mengeratkan) perhubungan kamu berdua”.
Perlu diingat walaupun Islam
mengharuskan melihat perempuan ajnabi
dengan tujuan meminang tetapi janganlah ia mengambil peluang untuk memuaskan
perasaan atau hawa nafsunya. Malahan
menjadi haram semula sekiranya hajat melihatnya itu sudah mencukupi atau
langkah peminangan.
5) TUJUAN PERTUNANGAN
Di antara tujuan pertunangan
ialah :
1. Persetujuan mengikut janji untuk perkahwinan.
2. Untuk menghebahkan kepada masyarakat
sekeliling.
3. Supaya dapat mengeratkan hubungan
silaturrahim di antara keluarga kedua belah pihak.
4. Hendak melahirkan sikap jimat cermat dan
membentuk ciri-ciri kejujuran serta keyakinan diri.
5. Untuk menentukan kadar mahar (mas kahwin)
dan lain-lain pemberian.
6. Untuk
menentukan tarikh, tempat dan
hari perkahwinan yang dipersetujui.
7. Persediaan mempelajari hukum perkahwinan
sebelum mendirikan rumahtangga.
Sayugia bahawa perempuan yang paling
baik menjadi bakal isteri yang
disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya, maksudnya:
Sebaik-baik perempuan (isteri) apabila
kamu menatapinya menyeronokkan hati kamu(suami), apabila disuruh oleh kamu dia
mentaati suruhan dan apabila kamu tiada dia sentiasa menjaga dirinya dan harta
kamu”.
Wajar juga wanita yang bijak mengatur
rumahtangga, berjimat cermat, rajin dan pandai
menyimpan, tambahan pula dapat melapangkan dada suami, semua ini diambil
kira di dalam memilih jodoh.
6) CARA MEMINANG
1. Memulai
majlis meminang dengan bertahmid.
2. Sendiri atau melalui orang lain, jika ada
waris keluarga lebih baik supaya mereka
yang bertandang untuk meminang.
3. Pemberian sebagai adat tanda jadi ikatan
pertunangan boleh diterima asal tidak
bercanggah dengan prinsip Islam.
4. Bersetuju menerima pinangan di antara kedua
belah pihak dengan janji tertentu dan tidak memakan masa yang lama.
5. Wakil yang
adil menyampaikan hajat pinang mengikut adat kelaziman negara itu sama
ada melalui sareh atau kinayah.
6. Segala persetujuan hendaklah disaksikan
atau ditulis.
Walaupun setelah pertunangan antara pihak lelaki dan
pihak perempuan dimeteraikan melalui istiadat perminangan oleh kedua belah
pihak keluarga, akan tetapi perhubungan di antara mereka tetap dianggap seperti
hubungan ajnabi dengan ajnabiah yang lain.
Maka sewajarnyalah sama-sama
menjaga suasana perhubungan itu dengan
baik agar tidak bertentangan dengan
ajaran-ajaran Islam yang maha suci.
Nota kaki : Bila waktu beredar, kesedaran terbit. Ubahlah. Kemajuan ummah di masa depan bermula dari perancangan membina sebuah keluarga yang bahagia dan diredhai Allah. - Zaileha Malek
Subscribe to:
Posts (Atom)